Masalah ini biasanya berlaku sama ada sekali atau beberapa kali dalam sehari.
Punca
Selain itu, hidung berdarah juga terjadi apabila saluran darah mengalami jangkitan seperti:- Selsema
- Suhu dalam badan terlalu tinggi
- Alahan
- Menghembus nafas terlalu kuat
- Kekeringan mambran mukus(selaput lendir) seperti merekah dan berkerak
- Berlakunya kecederaan seperti mengorek hidung jauh ke dalam atau patah hidung
- Tekanan darah tinggi atau sesuatu penyakit ketumbuhan
Jenis-jenis
Kebanyakan masalah hidung berdarah boleh mengganggu kehidupan seharian kita. Lebih menakutkan, kadangkala masalah sebegini boleh mengancam nyawa apabila darah keluar dengan terlalu banyak dan tidak henti-henti. Terdapat dua jenis hidung berdarah:- Hidung berdarah dari depan - Darah keluar dari bahagian depan hidung dan mengalir keluar ke salah satu lubang hidung atau kedua-duanya sekali jika pesakit bangun atau berdiri.
- Hidung berdarah dari belakang - Hidung berdarah berlaku jauh ke dalam hidung dan mengalir keluar melalui bahagian belakang mulut dan tekak. Tidak kiralah pesakit itu sedang berdiri ataupun bangun
Cara merawat
- Hentikan hidung berdarah dengan cara:
- Picit secara lembut semua bahagian hidung dan bernafas melalui mulut. Lakukannya selama 10 minit tanpa berhenti.
- Jangan baring. Bangun dan bongkokkan badan ke hadapan (jangan mendongak ke atas. Ini akan menyebabkan darah mengalir turun ke kerongkong).
- Bersihkan darah dengan menggunakan tisu atau kain lembap.
- Letakkan ais (hancurkan ais dalam kain yang bersih) ke dahi dan pipi.
- Jangan menghembus hidung.
- Jika hidung berasa kering dan berkerak, jangan korek. Nanti luka dan berdarah. Apa yang patut dilakukan ialah gunakan pelembap atau minyak bayi.
- Anda perlu memaklumkan kepada keluarga untuk berjumpa doktor sekiranya mengalami keadaan seperti:
- Darah hidung mengalir laju atau kehilangan banyak darah.
- Berasa hendak pitam atau pengsan.
No comments:
Post a Comment